Pizza Meru VS Pizza Hut?


Pizza Meru VS Pizza Hut?

  

Assalamualaikum, while cruising NKVE dari office, planning nak makan apa dengan wife as well as new topic untuk blog ini serta tips ilmu usahawan Francais. Saya drop by dan order pepperonni family size, Saya rasa semua orang Meru dah kenal Pizza Meru yang dulu dikenali sebagai Zan Pizza. Usaha anak muda Kg Budiman Meru ini bertahan sehingga kini. Berusia lebih 10 tahun, lokasi dihadapan Bank RHB mula menjadi trendmark.

Pada peringkat awal ianya culture shock kepada para pengemar pizza seperti saya, daripada segi rasa serta harga ianya cukup ekonomi terutama untuk warga Meru jika dibandingkan dengan Pizza Huts atau Shakey's Pizza.

Syabas diucapkan kepada usahawan ini kerana dapat mengekalkan sustainability. Ianya dekat dihati penduduk Meru termasuk keluarga serta mertua saya..kenapa?..kerana rasa dan harga ekonomi.

Ditambah dengan value added service delivery ke rumah di sekitar Meru. Diharap business model serta pengalaman urus niaga ini dapat dikongsi dengan generasi yang muda atau kepada pelabur yang berminat. Dengan erti kata lain tranformasi ke Francais berkonsepkan sistem 'Equilect'.

Sistem ''Equilect''  

Peluang usahawan sertai francais Pizza Station

Usahawan yang berminat dalam perusahaan makanan halal segera berpeluang untuk menyertai pakej francais Pizza Station Global Corporation (Pizza Station) yang dilancarkan di sini baru-baru ini.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Pizza Station, Sheikh Hisham Muhammad Belwael, konsep francais yang ada kini akan mengalami perubahan kepada sistem ''Equilect'' yang diperkenalkan oleh Pizza Station.

''Dengan perubahan itu, sistem berkenaan akan berteraskan kepada keadilan, kesaksamaan dan ekuiti,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Pizza Station dan pelantikan Datuk Maznah Hamid sebagai Pengerusi Pizza Station di sini, baru-baru ini.

Katanya lagi, sepatutnya perniagaan secara francais yang ada perlu menjaga kepentingan francaisi yang telah membuat pelaburan, tetapi sebaliknya ia lebih mementingkan francaisor dan meletakkan francaisi dalam keadaan yang tertekan.

Beliau turut menerangkan mengenai kebimbangan tentang peluang daya maju bentuk francais di Asia kerana ada di antaranya yang tidak begitu mahir untuk mengkaji kepentingan pelaburan dari segi perlindungan undang-undang.

Mengenai konsep 'Equilect', para francaisi akan mendapat pegangan saham ke atas yuran francais yang dikenakan kepada mereka.

Sistem ini secara tidak langsung mewujudkan perkongsian di antara francaisi dan francaisor di mana francaisor akan turut sama bertanggungjawab dalam segala pelaburan yang dibayar.

Tambahnya lagi, perkara paling penting melalui pemegangan ekuiti ini ialah perlindungan daripada sebarang masalah di bawah undang -undang syarikat di negara syarikat tersebut didaftarkan.

Pizza Station mempunyai kelebihan sebagai penggerak utama dari segi penghantaran penggunaan yang membolehkan pelanggan membelinya di kiosk Pizza Station.

Hisham memberitahu, sistem kiosk diwujudkan supaya setiap ekuiti francaisi boleh mengendalikan perniagaan dengan kos serendah RM4,000 yang dinilaikan sebagai saham syarikat.

Terdapat tiga jenis kiosk Pizza Station yang ditawarkan iaitu stesen Mini, Midi dan Maxi yang masing-masing memerlukan kos pelaburan sebanyak RM125,000, RM135,000 dan RM250,000.


Terima Kasih
Rizalman

Comments

Popular Posts