Pemergian Tokoh Budayawan Azah Aziz..Malaysia Kehilangan sebutir lagi bintang



Salam semua,
Harap pembaca semua sihat. Kali ini saya ingin mengupas sedikit siapakah  Allahyarham  Tokoh Budayawan Malaysia insan yang bernama Azah Aziz.
Allahyarham berusia 84 tahun, Allahyarham juga merupakan ibu kepada Gabenor Bank Negara, Tan Seri Zeti Akhtar Aziz 

KENALI SIAPA DIA ALLAHYARHAM AZAH AZIZ | BUDAYAWAN MELAYU | Sharifah Azah Mohammad Alsagoff atau nama panggilannya Azah Aziz dilahirkan pada 21 Ogos 1928 di Singapura merupakan budayawan Melayu di Malaysia. Beliau berdarah campuran Melayu, Turki dan Arab. Beliau bersekolah di Sekolah Convent di Johor Bharu dan mengikuti pendidikan Jepun semasa Perang Dunia II. Ketika berumur 18 tahun, beliau berkahwin dengan Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid dan mereka mendapat seorang anak, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, kini Gabenor Bank Negara. Beliau meninggal dunia pada 9 Julai 2012.



Pada tahun 1949 hingga 1951 bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Bharu. Kemudian sebagai setiausaha di jabatan sosial, Universiti Malaya, Singapura. Seterusnya menjadi setiausaha kepada Pendeta Za’ba di Jabatan Pengajian Melayu di UM.
Azah Aziz adalah pengasas dan Presiden Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) (1971-1978) dan University Women’s Asociation. Kini beliau dilantik sebagai penasihat PERTAMA. Beliau merupakan wanita terawal memperjuangkan nasib dan hak wanita terutama isu persamaan gaji lelaki dan wanita serta cukai berasingan bagi isteri yang bekerja. Beliau juga memperjuangkan Pindaan Undang-Undang Perkahwinan orang bukan Islam dan keluarga Islam. Beliau juga antara pengasas Pertubuhan Tindakan WAnita Islam (Pertiwi) yang aktif membela nasib wanita dan kanak-kanak di Malaysia.
Beliau digelar Budayawan Melayu kerana hobi dan minat beliau mengumpulkan tekstil traditional, perhiasan, pakaian traditional dan kraftangan traditional Melayu. Sejak 1950-an , beliau menulis dan berceramah tentang kebudayaan dan kesenian melayu.Beliau memperkenalkan pakaian drama tari dalam Festival Kesenian Universiti-Universiti ASEAN.
Dari 1957-1973 , selama selama 16 tahun menjadi penulis akhbar Berita Harian - terutama ruangan Wanita. 1973-1978, editor Utusan Malaysia / Utusan Melayu dan konsultan majalah Wanita. Beliau juga orang pertama memperkenalkan Haiku iaitu puisi pendek berbahasa Jepun kepada masyarakat Malaysia.
Antara karya beliau ialah :
  1. Adik sayang – antologi pantun kanak2 (1971),
  2. Puisi Kanak-Kanak – antologi sajak moden untuk kanak-kanak (1967)
  3. Pantun Kanak-Kanak – antologi enam jilid pantun melayu traditional untuk kanak-kanak
  4. Dendang dan Dondang kanak-kanak – lagu-lagu tradisional untuk kanak-kanak yang ditulis bersama Dr. Ariff Ahmad (1990).
  5. Taman Seni – buku mengenai kraftangan Melayu sebagai pengenalan kepada kanak-kanak (1987)
  6. Marilah Bermain – mengenai pemainan traditional (1993)
  7. Selayang Kenangan – himpunan esei dan penulisan lain tentang hal wanita, pakaian traditional dan kraftangan (1990).
Beliau antara wanita pertama di Malaysia yang menerbitkan buku pantun dan lagu kanak-kanak melalui syarikatnya sendiri, ‘Akaz’.
Azah Aziz menghadiri Persidangan Penulis Wanita Asia-Pasifik di East West Centre, Honolulu, Hawaii(1972), Simposium Wanita Afro-Asia di Iskandariah,Mesir, sempena Tahun Wanita Antarabangsa (1975) dan aktiviti berkaitan kewartawanan, kraftangan, tekstil dan kesusasteraan kanak-kanak.
Sehingga akhir hayat, beliau ialah ahli lembaga penasihat perpustakaan negara dan ahli lembaga penasihat The Encyclopaedia of Malaysia.
Wasalam.



Comments

Popular Posts