England The Great Three Lions ..dulu....kini dan selamanya.

England The Great Three Lions ..dulu....kini dan selamanya.

Pelbagai andaian dibuat mengenai prestasi pasukan kegemaran saya ini. Mungkin kerana dibarisi barisan bintang EPL dan mungkin juga berdasarkan persembahan mereka yang hanya layak pada peringkat suku akhir sahaja. Pada ramalan saya pasukan The Three Lions akan ke semi final (insyallah) jika dapat menewaskan Itali pada awal pagi nanti.

Lega bila England tidak pernah kalah dalam pusingan kelayakan. Saya harap Wayne Rooney dapat menjaringkan gol keramat malam ini. Berdepan dengan Itali yang sememangnya berkonsepkan defensive dan counter attack football, England perlukan sedikit suntikan magis dari 'Merlin'.


Jurulatih pasukan Perancis, mendakwa pasukan mereka akan mudah menewaskan skuad England pada aksi pertama pembukaan peringkat Kumpulan D, 11 Jun ini, sambil menganggap skuad kendalian Roy Hodgson itu langsung tiada kualiti.




"Mungkin England akan layak sehingga ke separuh akhir sahaja, dan saya percaya para pemain England bakal menghadapi kesukaran untuk mencapai prestasi terbaik di Euro 2012.

Pada masa yang sama, pemain pertahanan Norway, Brede Hangeland juga meramalkan England bakal tewas pada perlawanan kedua mereka dengan Sweden berikutan faktor keletihan.

Pemain England Euro 2012 :
Joe Hart, Johnson, Lescott, Terry, Cole, Milner, Parker, Gerrard, Oxlade-Chamberlain, Ashley Young, Danny Welbeck

Comments

Popular Posts