Bukan semua golongan orang melayu seperti ini. Ada yang telah berjaya, sedang berjaya, dalam kesusahan untuk berjaya..dan ada juga yang bermegah setelah berjaya dalam bidang perniagaan

Antara jenis-jenis otak Melayu;
1- Mungkir janji
2- Nak cepat senang tanpa usaha yang berbaloi
3- P.H.D
4- Suka berhibur

Itulah sebahagian jenis-jenis popular otak Melayu.Dulu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad pernah mengeluarkan satu kenyataan:… “Melayu mudah lupa” .Semua orang melenting.Tapi, itulah realitinya.

Ulasan Otak Melayu
1- Mungkir janji;
Orang Melayu kita ini, bila berjanji selalu mungkir.Yang paling ketara yang berkaitan dengan masa.Contohnya, mesyuarat.Janji pukul 8.00 pagi tapi mula pukul 9.00 pagi.Yang peliknya, semakin besar jawatan yang disandang semakin ‘besar kepala’nya.Sepatutnya,mereka patut menjadi contoh kepada anak buah mereka.Kesannya, banyak urusan terabai, menyusahkan orang lain dan mutu kerja tidak memuaskan terutamanya bila berprogram.Pepatah Melayu menyebut;… “Lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya”.Islam amat memandang berat dalam urusan perjanjian dan diantara tanda orang Munafik adalah apabila berjanji dia mungkiri.
2- Nak cepat senang;
Satu lagi ciri Otak Melayu iaitu hendak cepat kaya tapi usaha….Contohnya, Skim Cepat Kaya dan yang sewaktu dengannya. Sebahagian orang Melayu sanggup melabur dalam Skim Cepat Kaya semata-mata untuk mendapatkan kekayaan sekelip mata. “ Manalah tahu dapat durian runtuh?”, katanya.Itu pun kalau durian itu runtuh kalau tak….?Kesannya, malas bekerja dan kalau bekerja pun kurang produktiviti.Islam menggalakkan penganutnya untuk berusaha untuk mendapatkan rezeki.Sebaik-baik pekerjaan adalah dengan usaha sendiri iaitu dengan berniaga.Nabi S.A.W pernah bersabda bahawa 9 /10 keuntungan diperoleh dengan perniagaan.Pada masa sekarang, separuh daripada ekonomi dunia dikuasai oleh Bangsa Yahudi Laknatullah.Kita, umat Islam begitu jauh ketinggalan.
3- P.H.D ;
Apa maksud P.H.D.?Bukannya gelaran Doktor Falsafah tetapi Perasaan Hasad Dengki.Masa kecil dulu, Cinta Agung pernah tengok satu drama Melayu tajuknya P.H.D.Barah hasad dengki di dalam masyarakat kita semakin menular.Contoh, peniaga A dan peniaga B.Bila perniagaan A semakin maju dan perniagaan B sebaliknya, mulalah si B ni gelisah.Akhirnya, santau menjadi pilihan.Kesannya, akidah rosak, hubungan dengan orang menjadi ‘tawar’ dan menyusahkan orang lain.Di dalam Islam,perasaan dengki dibenarkan di dalam beberapa perkara contohnya dengki dalam mencari ilmu, membuat kebaikan sebagaimana hadis Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud: “Jangan hasad kecuali pada dua perkara; Pertama, seorang lelaki yang Allah berikan kepadanya harta dan diinfakkan untuk kebaikan.Kedua, seorang lelaki yang Allah berikan kepadanya ilmu, dengan ilmu tersebut dia mengajar orang lain dan menghukum sesuatu perkara dengan ilmunya.”Wallahu alam.
4- Suka berhibur;
Satu budaya yang kurang sihat yang sedang melanda masyarakat kita sekarang ialah budaya hedonisme iaitu budaya hiburan yang melampau.Masyarakat kita disogok dengan pelbagai rancangan hiburan.AF, Raja Lawak, Jozan, drama-drama,dan nyanyian menjadi pengisi slot saluran televisyen.Apa manfaatnya rancangan tersebut dalam memberi ilmu dan membangunkan umat? Program agama dan program ilmiah disisihkan.Bangsa lain berlumba-lumba untuk meningkatkan taraf hidup mereka tapi bangsa kita…?Kesannya, tidak mustahil orang Melayu akan merempat di bumi sendiri. Bak kata Raihan;
“Berhibur tiada salahnya,
kerna hiburan itu indah,
hanya pabila salah memilihnya,
membuat kita jadi bersalah…”

RumusanSatu prinsip yang perlu ada pada setiap orang adalah “Semua orang pernah buat salah dan silap tapi berilah peluang kepada mereka untuk memperbaiki kesilapan itu”. Semoga artikel kecil ini menjadi pemangkin kepada perubahan kita sebagai orang Melayu lagi beragama Islam.Tapi ingat, bangsa tidak memberi apa-apa saham untuk kebahagiaan di dunia dan Akhirat.Yang penting agama Islam itu sendiri.Mulianya suatu bangsa itu kerana Islam dan hinanya sesuatu bangsa itu kerana meninggalkan Islam.Sama-sama kita renungkan.Wallahu Alam.


Thanks to contributor :

Comments

Popular Posts