Kita adalah makhluk terbaik ciptaan ALLAH
Petua tangani stress hidup
http://amirrayyan.blogspot.comALLAH itu Maha Kaya. IA menjadikan setiap daripada hasil di bumi ini untuk kita nikmati, teladani dan hayatinya. Pernahkah anda terfikir seperti itu?
Saya sering melalui detik-detik dan
hari-hari yang amat mendukacitakan di dalam hidup. Saya yakin anda juga
pernah melalui saat-saat seperti ini. Namun, selagi mana kita mampu
untuk menangani setiap permasalahan di dalam hidup ini dengan bijak,
saya percaya, rasa bosan, tidak bersemangat, tiada motivasi di dalam
hidup bukanlah suatu masalah yang besar di dalam hidup.
Hari saya berikan anda 3 petua berguna
untuk kita menjana lebih kekuatan dalaman agar kita menjadi manusia yang
lebih gagah, perkasa dan yakin dalam melalui setiap arus cabaran
kehidupan
http://www.onggon.com
1. Kaji semula matlamat utama kehidupan anda.
Pernahkah anda mengkaji, membuat
penelitian semula akan apa matlamat sebenarnya anda hidup di muka bumi
ini? Ya, setiap daripada kita pasti mempunyai matlamat tersendiri di
dalam hidup. Mungkin ada di antara anda yang pernah memasang impian
untuk bergelar manusia berjaya ketika zaman belajar di persekolahan.
Ada juga yang sering mamahat angan untuk
menjadi seorang juruterbang, peguam atau doctor hebat tatkata
kecil-kecil dahulu. Tidak kurang, ada juga yang mungkin sering
bermimpi-mimpi untuk menjadi seorang isteri dan suri rumah yang terbaik
buat suaminya kelak. Betul?
Justeru, bila anda kian lemah dan
merasakan tidak bersemangat di dalam hidup, cuba ingat semula matlamat
ada sewaktu kecil-kecil dahulu. Saya percaya setiap daripada anda pasti
pernah memasang apa-apa angan suatu masa dahulu? Realisasikanlah ianya
sekarang. Anda berhak untuk mencapai kesemua matlamat itu.
Hidup hanya sekali saja, dik. Gunakanlah
ia sebaiknya. Tuhan mahukan yang terbaik daripada setiap hambanya.
Pastikanlah yang terbaik itu adalah kita.
2. Kegagalan adalah suatu proses kehidupan
Tahukah anda bahawa setiap kegagalan yang
anda pernah,sedang dan akan lalui adalah suatu proses-proses kehidupan?
Ya, jatuh, bangun,jatuh dan bangun semula itu adalah proses normal
kehidupan kepada anda, mereka dan saya sendiri untuk kita menjadi
seorang manusia yang benar-benar kuat, hebat dan berjaya!
Justeru kita tida boleh sama sekali
merasa keluh, kesah, dan kecewa, akan segala kegagalan yang berlaku
kepada kita. Gagal, jatuh dan sesekali ‘down’ di dalam hidup itu adalah
normal, dik. Semua orang pernah merasakan kegagalan di dalam hidup.
Namun selepas itu mereka mampu untuk bangkit semula dan menjadi seorang
manusia yang benar-benar hebat dan berjaya.
Percayalah, pada setiap kejatuhan itu,
pasti ada bangunnya suatu hari nanti, andai kita terus berusaha dan
berusaha untuk membangunkan diri kita.
3. Kita adalah makhluk terbaik ciptaan ALLAH.
Anda
tidak boleh merasakan yang anda telah gagal atau adalah manusia yang
tidak berguna di atas muka bumi ini setelah anda mengalami apa-apa juga
bentuk kegagalan di dalam hidup. Kita ini adalah makhluk ciptaan terbaik
daripada Yang Maha Esa. Jadi, kita jugalah yang mesti
dan wajib membuktikan bahawa kita sememangnya benar-benar berhak untuk
menjadi makhluk terbaik daripada ALLAH.
Jangan rasa sedih, tak usah bermuram muka, jangan sekali-kali merasa jatuh, sebab anda sememangnya makhluk terpilih. DIA menghadiahkan setiap ujian itu kepada hamba-hambanya yang terpilih sahaja. Anda perlu tahu bahawa anda adalah makhluk yang DIA pilih kerana andalah yang dirasakan berhak untuk mendapat ujian tersebut.
ALLAH tidak menghadirkan
ujian kepada hamba-hambanya yang tidak layak untuk mendapat ujian
tersebut. Setiap ujian, dugaan dan cabaran adalah untuk hambanya yang
dirasakan berhak dan mampu untk menanganinya.
Maka, hadapilah dengan tabah, kuat, tegar
dan cekal. Yakinlah bahawa anda merupakan makhluk yang terbaik untuk
menerima setiap ujian daripada ALLAH.
Wasalam
Rizalman
Comments
Post a Comment