Simple Tips untuk Usahawan via Facebook
Simple Tips untuk Usahawan via Facebook
Case Studies :
71.76% pengguna Internet Malaysia mempunyai akaun Facebook
Di laman web sosial seperti Facebook, orang yang menyertai Facebook bukan kerana masuk untuk mencari dan membeli barang. Sebaliknya, mereka mempunyai pelbagai sebab lain seperti mengisi masa lapang, ‘bersosial’ seperti menegur sapa dan berkongsi-kongsi cerita.
Berbeza dengan laman web seperti Ebay dan laman iklan, kebanyakan yang memasuki laman web tersebut adalah mereka yang mahu membeli sesuatu. Maka menggunakan ayat-ayat iklan adalah amat sesuai.
Jadi untuk di FB, kita perlu menggunakan kaedah yang berbentuk promosi yang tidak nampak ia sebagai satu promosi.
Overview pengguna Internet Malaysia mempunyai akaun Facebook.
[Setakat 9 Mei 2012]
1. 71.76% pengguna Internet Malaysia mempunyai akaun Facebook.
2. Daripada jumlah penduduk Malaysia, kira-kira 46.37% adalah pengguna Facebook.
Statistik ini memberi ‘signal’ penting kepada usahawan dan perniagaan untuk menggunakan Facebook sebagai salah satu saluran pemasaran.
Sumber: Socialbakers.com
Setiap orang yang berpengalaman berjaya memasarkan, mempromosi dan menjual produk di Facebook, memegang ‘kunci rahsia’ masing-masing.
Selagi kita boleh, mampu dan mahu, ambil peluang untuk belajar dengan ramai orang berpengalaman itu. Kita akan mula melihat pemasaran Facebook dengan pandangan yang lebih besar dan meluas.
Pemasaran Facebook tidak hanya mengenai teknik, malah ia juga melibatkan konsep asas bisnes, seni, trik, sains, teknologi, bahasa dan strategi.
Sebelum berkongsi lanjut. saya ingin mengucapkan syabas kepada rakan-rakan saya yang telah berjaya mempromosi barangan mereka dengan baik di facebook. Ingat! Identiti amat penting dalam persaingan. Ladi Java & Annour Home Biz.
Facebook Marketing 101 – Paling Penting!
Perkara penting yang wajib diawasi dalam setiap proses pemasaran di Facebookadalah:
- Apakah masa yang sesuai kita menulis post di FB?
- Bagaimana bentuk ayat post yang berkesan?
- Apakah ‘content’ yang sesuai?
- Berapakah kekerapan post dalam sehari?
- Siapakah yang Like page itu? – Umur, jantina dan lokasi.
Untuk perkara 1 hingga 4, tiada cara lain melainkan kita bereksperimen sendiri selain kita belajar dan dapatkan data daripada pihak lain.
Apabila kita mempunyai data khas untuk bisnes sendiri, maka lebih mudah kita mengatur langkah.
Tip: Gunakan FB Page kerana ia mempunyai aplikasi statistik untuk kita melihat data dengan lebih mendalam. Contohnya, umur, jantina dan lokasi mereka boleh diketahui melalui aplikasi itu. Data lokasi ‘user FB’ itu amat membantu kita membuat keputusan untuk kita lebih ‘turun’ ke mana bagi mencari bakal pelanggan.
Kenali Kumpulan Pengguna Facebook
Kita sedia maklum, manusia mempunyai pelbagai kumpulan atau kelompok. Jadi, untuk memastikan proses marketing di Facebook (FB) mencapai matlamatnya, kita perlu mengenali sasaran atau setiap kelompok tersebut yang menyertai kita di FB.
Berikut adalah sebahagian kumpulan atau kelompok (jenis) pengguna-pengguna Facebook. Dekati setiap kumpulan dengan cara yang sesuai dengan mereka:
1. Pembeli
Mereka ini telah membeli produk kita, dan mempunyai potensi besar untuk terus membeli produk-produk kita. Bagi anda yang telah lama berniaga atau mempunyai senarai pelanggan sendiri, pastikan pelanggan sedia ada yang mempunyai akaun Facebook, menyertai anda di Facebook.

2. Usahawan
Mereka ini memiliki tiga kegunaan untuk kita. Satu, sebagai kenalan usahawan untuk bertukar-tukar idea, pengetahuan dan pengalaman. Kedua, memberi perkhidmatan atau membekalkan produk kepada mereka. Ketiga, bekerjasama untuk mencapai satu matlamat yang disepakati bersama.

3. Rakan Seperniagaan
Mereka ini sudah pasti tidak akan menjadi pelanggan anda. Peranan mereka adalah bersama-sama mempromosikan perniagaan yang dibina bersama. Mereka adalah satu kumpulan dengan anda.
Mereka ini sudah pasti tidak akan menjadi pelanggan anda. Peranan mereka adalah bersama-sama mempromosikan perniagaan yang dibina bersama. Mereka adalah satu kumpulan dengan anda.
4. Pesaing
Pesaing adalah pihak yang dapat kita pelajari sesuatu daripada mereka seperti ‘mengintai’ strategi yang mereka gunakan di Facebook. Namun dalam keadaan tertentu, mereka juga boleh dijadikan sebagai rakan kerjasama.

5. Mentor
Di Facebook, ramai usahawan-usahawan atau mereka yang berpengalaman dalam bidang tertentu. Mereka boleh dijadikan sebagai mentor atau guru kita. Atau paling kurang, kita merujuk mereka apabila terdapat perkara yang memerlukan pandangan orang yang lebih tahu.

6. “Pemberi Peluang”
Mereka ini akan memberikan kita sesuatu peluang setelah mereka menyedari potensi dan kebolehan kita. Contohnya, pihak penerbit buku akan menghubungi kita jika kita ada kepakaran, pengetahuan dan pengalaman berkaitan bidang tertentu.

7. Kenalan dan Keluarga
Mereka ini tidak berpotensi besar menjadi pelanggan kita. Namun, mereka biasanya akan menjadi penyokong utama kita di dalam segala usaha yang kita lakukan.
Mereka ini tidak berpotensi besar menjadi pelanggan kita. Namun, mereka biasanya akan menjadi penyokong utama kita di dalam segala usaha yang kita lakukan.
8. Pengkritik
Walaupun tidak ramai yang suka mengkritik orang lain di FB, namun ada juga segelintir. Mereka biasanya akan mengkritik di ruangan komen FB kita. Saya biasanya akan Remove individu begini jika kritikan mereka melampaui batas. Saya hanya mahu orang-orang yang positif sahaja yang berada di senarai Friend FB saya.

FB adalah tempat berkenalan dan saling memberikan semangat di antara satu sama lain. Bukan tempat mengkritik atau melemahkan semangat orang lain.
9. Suka-Suka
Golongan ini biasanya menyertai Facebook sekadar suka-suka, menambah kawan dan mengisi masa untuk bermain aplikasi di FB seperti Games dan Kuiz. Jadi mereka juga kurang berpotensi untuk menjadi seorang pembeli, malah mereka juga biasanya terlalu pesimis dan berpandangan negatif terhadap mesej-mesej yang berbentuk bisnes atau promosi.

10. Penyokong
Mereka biasanya tidak terlibat dengan bisnes. Mungkin juga orang-orang biasa. Mungkin juga ‘secret admire’ kita. Mereka adalah sesiapa sahaja yang mana kebarangkalian untuk menjadi pelanggan kita adalah 0.00000%.
Mereka menjadikan kita sebagai kenalan di FB atas dasar benar-benar mahu berkawan dan berkenalan, bukan kerana bisnes atau ada udang di sebalik mee goreng. Mereka biasanya adalah pendengar setia. Topik perbualan dengan mereka terbaik adalah mengenai hal-hal lain selain bisnes.
Tidak semestinya rakan-rakan yang kita ‘Add’ atau yang menyertai PAGE FB kita adalah orang yang perlu membeli atau menjadi pelanggan. Kita juga perlukan ‘kumpulan’ atau individu yang akan sentiasa memberikan sokongan kepada kita dalam apa jua keadaan. Kebiasaannya, orang yang tidak tahu apa-apa mengenai bisnes, mereka adalah seorang pendengar yang terbaik.
Strategi Cadangan
1. Setiap kumpulan memerlukan pendekatan yang berbeza. Contohnya, jika kita berkomunikasi dengan mana-mana pihak perniagaan atau individu yang lebih tinggi kedudukannya berbanding kita, sudah pasti kita perlu lakukan secara profesional.
2. Bina Group atau Fan Page untuk memudahkan kita menghubungi bakal pelanggan dengan mudah. Gunakan profile peribadi untuk berkenal-kenalan; dan Group atau Page pula digunakan untuk promosi produk atau bisnes.
3. Wujudkan juga Group atau Fan Page KHAS untuk pembeli sahaja. Contohnya, jika kita mempunyai buku tulisan sendiri, wujudkan satu group atau Fan Page untuk pembeli-pembeli buku tersebut.
4. Gunakan akaun profile peribadi untuk menggerakkan laman Group atau Fan Page yang dibina. Kita adalah nadi utama sebuah bisnes. Lagipun, laman Group dan Fan Page di FB tidak boleh digerakkan dengan sendirinya seperti mana akaun peribadi. Jemput Friend di akaun utama (personal) untuk menyertai Group atau Fan Page.
5. Kenalpasti statistik Friends seperti jantina, umur dan pekerjaan mereka. Maklumat sebegini boleh membantu kita menentukan produk yang sesuai untuk ditawarkan kepada mereka. Jika kita menggunakan akaun personal, kita perlu menyemak secara manual satu persatu. Tetapi jika kita menggunakan Fan Page, kita boleh menggunakan fungsi Insight untuk melihat statistik seperti Demografi.
Terima kasih atas perkongsian ilmu... pembacaan ilmiah yang sangat menarik. Alhamdulillah.
ReplyDeleteThanks..keep follow your interesting story soon..and get your fans read it..it will help to promote your business product.
DeleteWasalam
Rizalman