jenama sate yang mendapat tempat di hati aku & isteriku



Jom review jenama sate yang mendapat tempat di hati aku & isteriku dari segi rasa dan kehebatan promosi serta value-added.

Di Pekan Meru semestinya Sate Warisan Wak Som, Sate Hj Sidek...dan juga Sate Cik Lin (meru 4). Sementara Sate Kajang still a legend for walaupun rasa dah lain bila last travel ke Restoran Hj Samuri sebelah Stadium Kajang ( sambil bawak anak main di taman ).




Selain sate lembu dan ayam yang popular, terdapat beberapa jenis sate lain yang dijual, antaranya:1.    Sate arnab 2.    Sate perut 3.    Sate pedal 4.    Sate kerang 5.    Sate ikan


Kebanyakan orang Melayu tidak makan daging semata-mata. Oleh itu biasanya turut disertakan  nasi dalam bentuk ketupat. Sate mudah dimakan di tepi-tepi jalan kerana dicucuk dengan lidi kelapa. Kuah Sate disediakan daripada kacang yang ditumbuk lumat dan digaul serta dimasak dengan pelbagai herba. Bau yang wangi amat penting. Di Malaysia, sate sering dikaitkan dengan sate Kajang. Di Bayan Baru, Pulau Pinang ada dijual sate Kajang. Begitu juga dengan di Ipoh dan Johor Bharu.

Apa yang menarik perhatian saya ialah cara kreatif, innovatif dan digital interaktif dalam mempromosikan jenama sate di sesuatu kawasan dan diperkembangkan sebagai business entity. Sebagai contoh, jenama Sate Warisan Wak Som.


Kepelbagaian teknik promosi untuk mengembangkan perniagaan.
Contoh : 

DRIVE TRU HOTLINE : 017-6947252 6pm-12am Outlet: Pekan Meru & Setia Alam

Setiap Tempahan melalui panggilan ke hotline 017-6947252 anda akan mendapat sate percuma*Contoh tempahan : 1) min 50 pcs + free 5 pcs = 55 pcs     dan gandaan percuma meningkat setiap pembelian genap 50 pcs belian.* tertakluk pada syarat 



PAKEJ FRANCAIS RM2,500
1) 1 unit Canopy 8'x8'2) 1 unit stainlesssteel showcase stall + Stiker3) 1 unit Meja lipat 2'x3'4) 1 set dapur sate + kaki + penyepit arang5) 1 unit kipas berdiri 16" (industrial spec)6) 1 unit kipas tangan7) 1 set kabel 30' + 6pcs bulb & housing8) 1 set extension + 1pc lampu kalimantang 24"9) 1 set plasticware ( 2 baldi air,2 bakul, 1 flask, 1 senduk,1 pisau, 1 alas pemotong, 1 storage container box)10) 1 set branding (1 backdrop 3'x6', 5pcs bunting 2'x6', 4pcs polo tshirt, 2 box bisnes kad)




Tips yang saya ingin kongsikan :

by Irfan Khairi under Tip Perniagaan , Perniagaan Internet

Promosi dua bulan lepas, keputusan hari ini

 
Dalam perniagaan, promosi adalah amat-amat-amat penting. Kita pun tahu 94% kegagalan perniagaan adalah kerana tidak melakukan promosi.

Promosi perlu dilakukan secara berterusan- non stop. Sekiranya kita berhenti promosi, maka, keuntungan pun akan berhenti juga. Bererti, kalau kita rasa perniagaan kita sudah hebat oleh kerana kita dah melakukan promosi, sekiranya kita berhenti promosi… mungkin sebulan dua akan datang, keuntungan pula akan kurang.

Dalam kata lain, keuntungan kita hari ini adalah hasil promosi kita dua bulan lepas!
Jadi, kalau kita berhenti promosi hari ini, ia pastinya akan menganggu keuntungan kita akan datang.
Ada yang tanya… business IK dah hebat. IK tak perlu promosi pun, ramai pelanggan.
Jawapan: Betul ke saya tak perlu promosi? Selang 2 hari, saya tulis blog… selang seminggu saya tulis newsletter RahsiaInternet… Setiap bulan saya tulis artikel untuk beberapa majalah. Tak lupa pula radio & TV promotion

So, if perniagaan saya pun, saya promosi hampir every day untuk berjaya, perniagaan anda juga perlu promosi everyday untuk berjaya
Jangan lupa, promosi should be non-stop!


Kebarangkalian berjaya dalam promosi…

 
Lebih banyak anda mencuba dalam perniagaan, lebih hampir anda kepada kejayaan. Ini adalah kerana dalam perniagaan dan kejayaan, segalanya mengikut kebarangkalian (probability).

Sekiranya anda mencuba 10 teknik promosi yang berlainan, kebarangkalian salah satu daripada 10 teknik tersebut mungkin menghasilkan pelanggan yang ramai adalah tinggi. Tetapi, sekiranya anda hanya mencuba 3 teknik promosi, kebarangkalian menjumpa teknik promosi yang berjaya adalah rendah.

Bayangkan sekiranya anda mencuba 20 teknik promosi. Kebarangkalian anda jumpa dengan teknik promosi yang ideal dan menghasilkan pelanggan paling ramai adalah amat tinggi!

Selepas menjumpai cara paling ideal, gunakannya setiap masa!
Perbanyakkan cara promosi anda supaya kebarangkalian untuk anda jumpa teknik promosi yang terbaik untuk perniagaan anda adalah tinggi. 

Jangan mengharapkan 2-3 teknik promosi sahaja oleh kerana kebarangkalian untuk anda jumpa teknik promosi yang terbaik adalah rendah.
Pemain baseball yang menghasilkan home-run (pukulan bola melebihi sempadan arena stadium!) paling banyak sekali didunia adalah pemain yang paling banyak sekali terpaksa strike-out (pemain dikeluarkan oleh kerana pukulan tidak mengena bola). Bila ditanya mengapa ini terjadi, beliau menjawab…
“kebarangkalian saya mendapat home-run adalah tinggi oleh kerana percubaan saya adalah tinggi. Lebih banyak kali saya strike-out, maka saya tahu, lebih hampir saya mendapat satu home-run!”

Semuanya adalah kebarangkalian!



Semoga Berjaya.

Wasalam
Rizalman

Comments