Perihal Pasukan bola sepak kebangsaan Jerman
Germany atau Spain Juara Euro 2012?
Perihal Pasukan bola sepak kebangsaan Jerman
(Bahasa Jerman: Die deutsche Fußballnationalmannschaft) merupakan pasukan bola sepak yang mewakili negara Jerman pada peringkat antarabangsa sejak 1908. Pasukan tersebut ditadbir oleh Persekutuan Bola Sepak Jerman DFB (Deutscher Fußball-Bund) yang telah ditubuhkan pada tahun 1900.
Dari tahun 1950 hingga 1990, pasukan tersebut telah digelar secara tidak rasmi sebagai Jerman Barat kerana sejak Perang Dunia Kedua, DFB beroperasi di Republik Bersekutu Jerman yang pada umumnya digelar Jerman Barat dari 1949 hingga 1990. 
DFB meneruskan untuk menyenarai pasukan kebangsaan yang kembali diterima oleh FIFA selepas Piala Dunia 1950 dengan mengekalkan semua rekod dan tradisi. Di bawah penguasaan dan pembahagian Kuasa Bersekutu, dua pasukan kebangsaan yang berlainan iaitu Pasukan Saarland (1950–1956) dan Pasukan Jerman Timur
 (1952–1990) turut diiktiraf oleh FIFA. 
Kedua-dua buah pasukan tersebut 
kini telah diserap ke dalam pasukan kebangsaan sekarang, beserta rekod 
(bilangan penyertaan perlawanan dan penjaring gol). Nama rasmi dan kod 
"Germany FR (FRG)" telah dipendekkan kembali kepada "Germany (GER)" 
sejak 1990.
Jerman merupakan salah satu daripada tiga pasukan paling berjaya 
dalam kejohanan antarabangsa dengan menjuarai Piala Dunia sebanyak tiga 
kali dan mempunyai tiga gelaran juara Eropah.
 Mereka juga merupakan antara pasukan yang paling konsisten kerana bukan
 sahaja mempunyai gelaran juara dunia dan juara Eropah, malah menjadi 
naib juara sebanyak tiga kali pada kejohanan Piala Eropah dan empat kali
 di Piala Dunia termasuk tiga kali mendapat tempat ketiga di Piala 
Dunia. Jerman Timur memenangi pingat emas Olimpik pada 1976. Jerman 
merupakan satu-satunya negara yang pernah memenangi Piala Dunia bagi 
kedua-dua kategori lelaki dan perempuan.
Anyway aku tetap England!!!!
Wasalam
Rizalman 




Comments
Post a Comment