Skip to main content
DUN MERU KLANG SELANGOR..satu anjakan paradigma oleh PR
DUN MERU KLANG SELANGOR..satu anjakan paradigma oleh PR 
Mencetus magis untuk menarik perhatian golongan muda untuk menyokong perjuangan UMNO dan BN.
Kampung Meru Klang di mana 
saya dibesarkan. Bersekolah, bertemu jodoh dan berkeluarga. Merupakan kubu terkuat BN sejak berabad lalu.
 Dalam PRU 12 yang lalu, kampung ini telah berubah angin atau mengalami 
satu anjakan paradigma. Kubu kuat BN yang kukuh berabad, akhirnya pecah 
juga. Banyak sebab untuk diolah mendorong kepada kekalahan calon pilihan Pak Lah & ex-MB Selangor dari luar. Dengan berbekalkan fully and over confident checkmate tactic mungkin juga dengan saranan MB Selangor ( Dr Khir Toyo) BN Tewas.  Dari pengamatan saya, 79% masyarakat di kampung saya berubah 
angin dengan menyokong parti PAS. Barangkali telah jemu dengan janji 
wakil rakyat yang tidak pernah di tepati, barangkali telah muak hidup 
dalam kesempitan sedangkan kawasan di sekeliling telah 
membangun.  
Kampung ini telah mengalami satu 
perubahan baru. Sungguh pun ia hanya perubahan yang kecil tetapi 
melambangkan sesuatu kepada parti PAS
. 
Jika perkembangan ini 
berterusan, saya boleh mengagak keputusan pilihan raya pada pilihan raya
 yang akan datang. Jika BN ingin kembali menawan kampung ini yang pernah
 menjadi kubu kuat BN, maka BN harus bekerja lebih keras dan serius. Itu
 pun jika ingin menang. Sedikit pandangan berkaitan usaha BN setakat 
ini. Apa yang berlaku ialah usaha TPM melakukan lawatan ke kampung ini ( Lokasi : Sek Men Meru ) tetapi kawasan yang dilawati memang telah 
menjadi kawasan BN. BN wajar memberi tumpuan kepada kawasan micro site.  
BN Kapar ( seluruh jentera ) harus melihat dari segi aspek
1. Kemudahan pendidikan
2. Kemudahan dan khidmat kaunsel kepada peniaga kecil dan sederhana.
3. Lawatan ke projek perniagaan angkat seperti FAMA. ( Meru & Bukit Kapar ).
4. Kemudahan moden untuk generasi muda 
Adakah DUN MERU akan mengalami anjakan sekali lagi?..Pilihan di tangan anda.
 
Wasalam 
Rizalman
 
  
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
Comments
Post a Comment