DUN MERU KLANG SELANGOR..satu anjakan paradigma oleh PR

DUN MERU KLANG SELANGOR..satu anjakan paradigma oleh PR

Mencetus magis untuk menarik perhatian golongan muda untuk menyokong perjuangan UMNO dan BN.

Kampung Meru Klang di mana saya dibesarkan. Bersekolah, bertemu jodoh dan berkeluarga. Merupakan kubu terkuat BN sejak berabad lalu. Dalam PRU 12 yang lalu, kampung ini telah berubah angin atau mengalami satu anjakan paradigma. Kubu kuat BN yang kukuh berabad, akhirnya pecah juga. Banyak sebab untuk diolah mendorong kepada kekalahan calon pilihan Pak Lah & ex-MB Selangor dari luar. Dengan berbekalkan fully and over confident checkmate tactic mungkin juga dengan saranan MB Selangor ( Dr Khir Toyo) BN Tewas.  Dari pengamatan saya, 79% masyarakat di kampung saya berubah angin dengan menyokong parti PAS. Barangkali telah jemu dengan janji wakil rakyat yang tidak pernah di tepati, barangkali telah muak hidup dalam kesempitan sedangkan kawasan di sekeliling telah membangun.  

Kampung ini telah mengalami satu perubahan baru. Sungguh pun ia hanya perubahan yang kecil tetapi melambangkan sesuatu kepada parti PAS

.

Jika perkembangan ini berterusan, saya boleh mengagak keputusan pilihan raya pada pilihan raya yang akan datang. Jika BN ingin kembali menawan kampung ini yang pernah menjadi kubu kuat BN, maka BN harus bekerja lebih keras dan serius. Itu pun jika ingin menang. Sedikit pandangan berkaitan usaha BN setakat ini. Apa yang berlaku ialah usaha TPM melakukan lawatan ke kampung ini ( Lokasi : Sek Men Meru ) tetapi kawasan yang dilawati memang telah menjadi kawasan BN. BN wajar memberi tumpuan kepada kawasan micro site. 

BN Kapar ( seluruh jentera ) harus melihat dari segi aspek

1. Kemudahan pendidikan

2. Kemudahan dan khidmat kaunsel kepada peniaga kecil dan sederhana.

3. Lawatan ke projek perniagaan angkat seperti FAMA. ( Meru & Bukit Kapar ).

4. Kemudahan moden untuk generasi muda

Adakah DUN MERU akan mengalami anjakan sekali lagi?..Pilihan di tangan anda.

 

Wasalam

Rizalman

 

 

Comments